Grand-eWellness-Sdn-Bhd

GRAND WELLNESS NETWORK SDN. BHD. (e-wellness) telah ditubuhkan pada 01 Ogos 2008,mengikut akta syarikat 1965 dan memulakan operasi sepenuhnya pada 01 Jun 2009 sebagai sebuah syarikat 100% pegangan bumiputera. E-wellness pada dasarnya menjalankan aktiviti sebagai sebuah pusat kesejahteraan & kesihatan merangkumi rawatan: Fisioterapi, Hidroterapi dan kedai kesihatan yang pertama seumpamanya di Kuantan.

Syarikat ini diasaskan oleh Dr Mohamad Nor bin Sundari yang merupakan seorang doctor pakar dalam bidang otopidik (Pakar Tulang) dan Trauma. Dengan pengalaman selama hamper 20 tahun sebagai pengamal perubatan, beliau mengambil langkah positif dengan menubuhkan rangkaian e-wellness dan berhasrat supaya syarikat ini menjadi sebuah pusat kesejahteraan dan perubatan alternatif yang terulung di Malaysia.

Sikap prihatin beliau menjadi pendorong utama untuk membuka perniagaan ini, dimana secara tidak lansung membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan di samping memberitahu kepelbagaian produk kesihatan yang selamat dan menjimatkan.

e-wellness-com-my-orthopaedic-clinic-1

Objektif

Mempelopori dan mengembangkan kaedah rawatan alternative melalui pencegahan, pemulihan anggota serta merawat penyakit terkini menerusi kaedah fisioterapi,hidroterapi, sauna terapi, motivasi, senaman kecerdasan dan pemakanan produk kesihatan.

Visi

Menjadi sebuah pusat kesejahteraan dan kesihatan alternative yang berprestij serta dikenali di seluruh Malaysia.

Misi

Mempromosikan amalan gaya hidup sihat serta kepentingan penjagaan kesihatan kepada semua masyarakat Malaysia.