Lutut yang sihat mempunyai tulang rawan dan pelincir cecair ( cecair synovial ) untuk melindungi dan pelapit pada tulang yang membolehkan lutut bergerak dan bengkok.

Osteoarthritis adalah rawan dalam sendi lutut secara beransur-ansur semakin haus. Apabila tulang rawan haus, ia menjadi  lusuh dan kasar dan ruang pelindung antara tulang berkurangan. Ini boleh menyebabkan keradangan berkala ( inflammation ) oleh kerana gosokkan antara dua tulang dan menghasilkan tulang yang menyakitkan atau cecair tambahan di lutut.

Sendi lutut yang sihat

Sendi lutut yang mengalami osteoarthritis

 

FAKTOR-FAKTOR RISIKO.

  • Kecederaan lutut yang sebelum ini
  • Patah, kecederaan/putus ligament atau kecederaan meniscus yang boleh menjejaskan ligament dan menyebabakan haus dan lunsuh “wear and tear”
  • Obesity
  • Genetik ( keturunan )

TANDA DAN GEJALA.

  • Sakit
  • Pengerakan lutut yang terhad
  • Kurang kebolehan berfungsi harian
  • Kekakuan terutamanya pada waktu pagi
  • Otot yang lemah
  • Hilang kestabilan lutut
  • bunyi crepitus pada lutut

PENCENGAHAN.

  • Pengawalan berat
  • Sentiasa bersenam
  • Mengelakkan kecederaan atau mendapatkan rawatan yang bersesuaian
  • Cara pemakanan yang betul

DIAGNOSIS.

  • Medical history / sejarah perubatan
  • Pemeriksaan fizikal
  • X-ray / MRI
  • Arthroscopic knee surgery

XRAY

 

RAWATAN.

  • Pengurangan berat badan
  • Senaman
  • Ubat-ubatan ( yang di beri oleh doctor )
  • Suntikan kortikosteroid atau hyaluronic acid ke dalam lutut
  • Knee support [ OA Knee Support (Neoprene) ]
  • Fisioterapi
  • Pembedahan ( ganti sendi lutut baru )

FISIOTERAPI.

  • Thermotherapy : ice / hot pack ( mengurangkan sakit, bengkak dan meningkat julat pengerakkan dan aktiviti harian )
  • Elektroterapi : TENS / IFT / Ultrasound ( kurangkan sakit dan meningkatkan fungsi aktiviti harian, melancarkan peredaran darah)
  • Senaman kekuatan dan rengangan ( menguatkan otot yang lemah dan merengangkan otot yang ketat, meningkatkan julat pengerakkan )
  • Taping : mengurangkan sakit dan tekanan pada lutut ( dalam jangka masa pendek )
  • Braces : mengurangkan tekanan pada articular cartilage ( dalam dan luar lutut – medial and alteral aspect of knee )

OA KNEE SUPPORT [ klik pada gambar untuk belian online ]

Tapping

ELASTIC KNEE SUPPORT ( klik pada gambar untuk belian online )

 

senaman untuk lutut [ klik pada gambar untuk paparan video senaman lutut ]

 

Rujukan :

  • https://www.physio-pedia.com/Osteoarthritis
  • https://www.arthritis-health.com/types/osteoarthritis/what-knee-osteoarthritis

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *