Ankle sprain atau dalam bahasa kita terseliuh. Apa yang terlibat? Tulang? Atau urat?

Ankle sprain merujuk kepada koyak pada ligament  pergelangan kaki.

 

FAKTOR/PUNCA.

  • Pendaratan pada tapak kaki yang tertekuk dan terbalik
  • Kecederaan buku lali sebelumnya
  • Sendi longgar
  • Otot lemah
  • Berlebihan berat badan

 

 

 

 

TANDA DAN GEJALA.

  • Sakit ketika melakukan pergerakan memusingkan buku lali
  • Sakit dibahagian pergelangan kaki/buku lali
  • Bengkak
  • Lebam
  • Hilang kestabilan ketika berdiri

Bengkak dan lebam

DIAGNOSIS.

  • Sakit dibahagian luar pergelangan kaki
  • Bengkak
  • XRAY atau MRI ( untuk lebih jelas, mengenal pasti sama ada patah atau putus pada ligament )

 

FISIOTERAPI.

Ikuti P.R.I.C.E garis panduan :

  • P ( protect – melindungi ) : Elakkan dari melakukan aktiviti berat yang melibatkan pergelangan kaki.
  • R ( rest – rehat ) : Rehatkan pergelangan kaki yang terceedera buat seketika.
  • I ( ice – ais ) : letak ais pada kawasan yang cedera untukmengurangkan bengkak dan sakit. Jangan, letak ais terus pada kulit ( balu dengan kain yang nipis ) dan jangan melebihi daripada 20 minit ( untuk mengelakkan daripada komplikasi kedua ).
  • C ( compress – mampatan ) : membantu mengawal bengkak serta melumpuhkan dan menyokong kecederaan anda.
  • E ( elevation – tinggikan kaki ) : Tinggikan kaki dengan berbaring dan angkat lebih daripada paras jantung.

 

Pain relief ( melegakan kesakitan )

  • Terapi haba atau sejuk akan digunakan untuk meningkatkan kelonggaran dan mengurangkan kesakitan dan melancarkan peredaran darah.
  • Rangsangan elektrik bertujuan untuk melegakan sakit, meningkatkan peredaran darah dengan meningkatkan proses penyembuhan.

Senaman.

  • Senaman regangan dan kekuatan perlu dilakukan. Senaman akan memulihkan pergerakan dan mengekalkan kekuatan dan juga kestabilan sendi pergelangan kaki/ buku lali.
  • Pengerahan awal boleh menyebabkan, peratus untuk kembali normal lagi tinggi.
  • Meningkat darjah pergerakan pergelangan kaki.
  • Mengelakkan pergelangan kaki menjadi keras ( stiffness)
  • bandage/Ankle support

Senaman

 

 

Ankle binder

( klik pada gambar untuk harga dan belian secara online )

 

Ankle sprain.Ankle support with elastic bandage

 

 

Prevention.

  • Kekalkan kekuatan, keseimbangan otot dan fleksibiliti yang baik.
  • Warming up/pemanasan badan sebelum melakukan aktivi sukan/lasak
  • Pakai kasut yang sesuai dan selesa

 

Sumber rujukan daripada bahan bacaan di internet:

  • http://www.myhealth.gov.my/en/physiotherapy-management-sprain-ankle/
  • https://www.physio-pedia.com/Ankle_Sprain

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *