APA ITU OSGOOD SCHLATTER DISEASE ?

 

Ialah keradangan (inflammation) pada tendon patella ( kepala lutut )

Kesakitan ini akan mengganggu aktiviti harian anda. Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang aktif dengan aktiviti tangkas seperti berlari, melompat dan sebagainya.

 

GEJALA DAN TANDA-TANDA “OSGOOD SCHLATTER DISEASE”.

  • Sakit pada lutut. Tahap kesakitan yang dialami oleh pesakit ini berbeza dari individu ke individu. Sebagai contoh, terdapat individu mengalami tahap kesakitan yang rendah ketika berjalan, naik atau turun tangga dan sebagainya. Ada juga yang mengalami tahap kesakitan yang berterusan dan ada juga individu yang mengalami kesakitan yang semakin teruk meskipun hanya melakukan kerja atai aktiviti yang ringan.
  • Bengkak
  • Meningkat protuberensi tulang pada tuberosity tibial

 

DIAGNOSIS.

Sakit dihasilkan dengan tengangkan otot quadriceps ( resisted quadriceps contraction ).  Doctor akan meminta pesakit untuk meluruskan lutunya semasa rintangan dikenakan kepadanya. Kesakitan akan dirasa oleh pesakit juga sekiranya tibial tuberosity disentuh. Apabila tendon itu meradang, kulit diatasnya kan kelihatan merah dan bengkak. Ini berkemungkinan, lutut menjadi tidak stabil.

Sekiranya, situasi menjadi lebih kronik (teruk), dimana saki itu berterusan, tibial tuberosity akan kelihatan lebih menonjol berikutan peningkatan pertumbuhan.  ( XRAY )

Tibial tuberosity yang kelihatan lebih menonjol

 

RAWATAN.

Osgood Schlatter disease ini akan sembuh dengan sendiri. Gejala ini akn hilang apabila kemantangan fizikal dicapai. Ianya akan mengambil sedikit masa. Jadi, doktor akan prescribe ubat-ubatan dan merujuk kepada pakar fisioterapi.

 

FISIOTERAPI.

  • Penggunaan ice pada kawasan yang bengkak dan sakit. Bertujuan untuk mengurangkan sakit, bengkak dan melancarkan peredaran darah. ( R – rest + I – ice + C – compression + E – elevation )
  • Senaman rengangan ( stretching exercise ) untuk otot quadriceps dan hamstring. Bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada tendon patella.
  • Senaman kekuatan ( strengthening exercise ) untuk memulihkan kekuatan otot dan kestabilan lutut.
  • Bertujuan mengurangkan ketengangan pada sisipan dengna memindahkan ketengangan ke tapping. Ianya dapat mengurangkan sakit.
  • Rehat seketika daripada melakukan aktiviti lasak.

Senaman kekuatan dan renggangan untuk Osgood Schlatter Disease

Tapping – bertujuan untuk mengurangkan sakit

Patella support ( untuk harga dan belian secara online boleh klik pada gambar tersebut )

Knee support ( untuk harga dan belian secara online boleh klik pada gambar tersebut )

 

P/S : Sumber bacaan dari internet dan web Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *