APA ITU PLANTAR FASCITIS?

Ia adalah keradangan pada tisu tebal di bahgaian bawah kaki ( dikenali sebagai plantar fascia ). Tisu ini menghubungkan tulang tumit ke jari kaki dan mencipta lenkungan pada tapak kaki.

 

Ini akan menyebabkan rasa sakit yang menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertam pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak lebih jauh, sakit biasanya akan berkurang tetapi ianya mungkin akan kembali selepas tempoh lama.

Plantar fasciitis biasanya berlaku didalam kalangan atlet ( larian ) dan ianya boleh juga berlaku kepada orang yang berlebihan berat badan juga mereka yang memakai kasut tumit tinggi dengan sokongan yang tidak mencukupi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat palnatr fascitis.

 

Bagaimana ianya boleh berlaku?

Ianya berlaku apabila plantar fascia terlalu overstretch atau overuse.

 

Anda akan lebih cenderung mempunyai plantar fasciitis sekiranya :

  • Masalah lenkungan kaki ( sama ada kaki rata atau lengkungan tinggi )
  • Jarak berjalan yang jauh
  • Peningkatan berat badan
  • Tendon Achilles yang ketat ( tendon yang menghubungkan otot betis ke tumit )
  • Jenis pemakaian kasut yang tdiak sesuai

Apakah tanda-tanda untuk plantar fasciitis?

  • Sakit di bahgaian bawah tapak kaki dan tumit
  • Sakit pada awal pagi, selepas duduk atau berdiri untuk seketika, apabila memanjat tangga atau melakukan aktivit yang berat

 

Bagaimana plantar fasciitis dirawat?

  • Pengurusan Fisioterapi
    1. Letakkan ais dikawasan yang sakit ( untuk peringkat akut ) atau pek panas / ‘hotpack’ ( untuk peringkat kronik ). Selama 15 – 20 minit.
    2. Latihan rengangan untuk tumit dan kaki
    3. Ultrasound ( melembutkan dan mencepatkan proses penyembuhan )
    4. TENS ( mengurtangkan sakit )
    5. Urut untuk calf muscle ( sekiranya pesakit mengalami otot ketat pada calf muscle )

 

  • Pengurusan Doktor
    1. Ubat-ubatan
    2. Suntikan
    3. Pembedahan

 

  • Foot support ( silicone foot protector )

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *