Untuk perkongsian hari ini, mengenai ” Apa itu CARPAL TUNNEL SYNDROME “.

APA ITU CARPAL TUNNEL ( CTS ) ?

  • Satu terowong yang terdapat di bawah pergelangan tangan anda yang dimana mengandungi :
    • Saraf median
    • 4 Tendon of flexor digitorum profundus
    • 4 Tendon of flexor digitorum superficialis
    • 1 Tendon of flexor pollicis longus

FUNGSI.

  1. Saraf Median : Mensarafi otot flexor pada bahagian tangan untuk pengerakan dan deria.
  2. Tendon of flexor muscles : Membolehkan pengerakan berlaku seperti menggenggam dan mencubit.

APA ITU CTS ?

Sindrom yang terjadi apabila berlakunya tekanan pada bahagian terowong carpal yang menyebabkan saraf median yang melaluinya akan terhimpit atau tertekan.

Tekanan yang berlaku akan menyebabkan terowong akan mengecil dan laluannya menjadi sempit dan akan menekan saraf median.

 

PUNCA.

  • Kepatahan pada tangan
  • penggunaan tangan yang berulang
  • mengandung
  • postur tidur
  • obesity
  • Kencing manis

KESAN.

  • Kebas
  • Lemah genggaman
  • Muscle wasting ( long term )
  • Masalah pergerakan jari-jari
  • Sakit pada pergelangan tangan

PENCENGAHAN.

  1. Kurangkan kekuatan semasa menggenggam.
  2. Ambil masa rehat semasa bekerja seperti menaip bagi merehatkan tangan.
  3. Amalkan postur yang baik semasa duduk mahupun bekerja seperti menaip.
  4. Tukar tetikus komputer anda. Pastikan tetikus komputer anda selesa dan tidak menegangkan pergelangan tangan anda.

RAWATAN.

  • Splint
  • Fisioterapi
    1. Pain mangement ( mengurangkan kesakitan )
      • Modaliti seperti hotpack, terapi lilin digunakan untuk mengurangkan kesakitan secara dangkal.
      • Dalam beberapa kes, bengkak dan peningkatan dalam suhu kulit akan berlaku, maka, pek ais atau cryocuff akan menjadi berguna.
      • Ultrasound akan diberikan untuk proses penyembuhan yang cepat
      • Latihan regangan
      • Latihan kekuatan
      • Program latihan rumah ( home education program – HEP )

        • rendam tangan yang sakit didalam air suam selama 15 minit
        • lakukan senaman seperti rajah berikut ( sebaiknya 3 kali sehari )

Sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi terlebih dahulu

  • Pembedahan mungkin sesuai jika gejala anda teruk atau tidak bertindak balas terhadap rawatan lain ( atas nasihat doktor )

 

P/S : Jika gejala berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang selajutnya.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *