PERSOALAN DAN PERTANYAAN YANG SERING BERMAIN DI MINDA APABILA MENJALANKAN TERAPI MANDIAN MEDICSPA

Adakah dengan terapi mediCspa berupaya membantu menurunkan berat badan?

Boleh. Tetapi, anda harus faham dengan hanya sekali terapi akan membantu membakar kalori sebanyak 300-500 kalori. Tetapi jika selepas terapi anda mengambil makanan berkalori lebih dari 500, ianya PASTI tidak akan berupaya membantu menurunkan berat badan anda!
Dengan kata lain, anda perlu faham mengenai diet seimbang yang anda ambil dan perlu melakukan senaman berkala dan banyak minum air.

Apakah yang sering disalah tafsir tentang mediCspa?

Ramai yang beranggapan dengan air bersuhu tinggi, tekanan buih yang kuat dan masa terapi yang lebih panjang akan memberi kesan yang lebih baik. Sebenarnya tidak semestinya begitu. Dengan suhu yang tinggi adakalanya hanya menimbulkan rasa kurang selesa kepada mereka yang baru mengenali terapi ini dan adakalanya kesan suhu dan tekanan yang tinggi menjadikan seseorang itu berasa pening ‘orthostatic hypotension’ (darah belum sempat mengalir ke seluruh bahagian otak) dan tidak stabil atau keseimbangan tubuh terganggu, serangan jantung dan lain-lain lagi. Semua kebarangkalian tersebut boleh berlaku jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga atau mengambil kira keadaan semasa klien, sejarah kesihatan atau perubatannya, masalah atau penyakit yang dialami dan kita harus juga memastikan klien berada dalam keadaan stabil.

SARANAN SAYA: Jika anda bukan doktor atau bukan seseorang yang terlibat secara langsung dengan perubatan, langkah berjaga-jaga perlu diambil kira. Jika rasa ragu-ragu, anda boleh buat keputusan untuk tidak menerima klien tersebut, dan anda boleh mencadangkan kepadanya untuk pergi mendapat nasihat doktor atau membuat diagnosis masalah yang dihadapi di klinik atau hospital terlebih dahulu. Selepas rekod kesihatannya telah anda ketahui, barulah anda boleh menerima klien tersebut dengan lebih selesa.

Apakah perkara penting yang perlu diambil kira untuk seseorang menjalani terapi mandian mediCspa?
1) Keadaan kesihatan semasa
2) Kesihatan keseluruhan tubuh
3) Keadaan suhu tubuh semasa
4) Kekuatan mental dan tenaga
5) Umur dan jantina
6) Sejarah keluarga
7) Suhu air
8) Paras air
9) Kesesuaian dan jangka masa terapi

Apakah yang perlu diberi perhatian apabila menjalani terapi mandian mediCspa?
1) Untuk mengelakkan rasa kurang selesa pada bahagian perut dan usus atau dalaman tubuh, anda perlu menasihatkan klien anda untuk tidak mengambil makanan berat satu (1) jam sebelum dan satu (1) jam selepas menjalani terapi.
2) Sebelum terapi, adalah digalakkan untuk membersihkan diri terutamanya kaki untuk menjaga kebersihan.
Apa akan berlaku jika kita menjalani terapi mandian mediCspa dengan air sejuk?
1) Menurunkan suhu badan dan suhu darah dalam badan.
2) Mengurangkan suhu kulit dan berupaya mengurangkan kesan sakit akibat jangkitan, kecederaan dan sakit-sakit lain.
3) Mengecil atau menstabilkan salur darah dan mengurangkan kesan kesakitan di kelenjar.
4) Mengurangkan kadar kelajuan denyut nadi dan denyut jantung yang tidak normal.
5) Mengurangkan dan meredakan aktiviti saraf seluruh tubuh dan menghasilkan kesan nyaman dan selesa.
6) Merangsang atau meningkatkan metabolisme.
7) Merangsang dan mengurangkan kadar sakit pada usus besar.

Apakah kesan yang akan berlaku apabila spa dengan air panas?
1) Meningkatkan suhu tubuh dan suhu darah keseluruhannya.
2) Meningkatkan suhu kulit dan menambah kadar keupayaan otak menerima oksigen dengan baik (anoxia) dan berupaya memperbaik dan mengekalkan keupayaan dan fungsi darah mengalir ke seluruh sel dan organ dengan lebih sempurna (ischemia).
3) Melegakan salur darah, meningkatkan keupayaan denyut jantung dan keupayaan jantung keseluruhannya.
4) Meningkatkan kadar oksigen yang diperlukan oleh jantung.
5) Mengurangkan kelesuan otot dan kesakitan dan radang sendi.
6) Merangsang metabolisme tisu-tisu tubuh.

Apakah yang perlu diambil kira mengikut keperluan individu untuk menjalani terapi mandian mediCspa?

1) Usia: Muda atau tua

 

Image result for MEDIC SPA SG 2000Image result for MEDIC SPA SG 2000

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *