KECEDERAAN MENISKUS/MENISCUS INJURY

Keceredaan meniscus ini akibat dari jatuh, osteoarthiritis (keradangan sendi) atau pon kemalangan kereta.

-kecederaan meniskus merupakan cedera yang sering terjadi pada olahraga yang banyak melibatkan gerakan seperti mencangkung, melompat dan berpusing secara mendadak dan berlebihan. Meniskus berfungsi seperti kusyen, ia akan bertindak memperlebarkan dan memperdalamkan kontak antara femur dan tibia, seterusnya mengurangkan tekanan pada kartilago artikular. Selain itu, ia juga akan menyebarkan beban yang diterima dan menstabilkan sendi dan fungsi lubrikasi pada cairan lutut.

Antara sebab-sebab berlaku kecerderaan pada meniskus:-

1.Bagi gelongan muda kecerderaan meniskus adalah daripada kecerderaan sukan
2.Bagi mereka berusia pula ia mungkin disebabakan proses degenerasi iaitu apabila meningkatnya umur seseorang meniskus akan mudah terkoyak disebabkan kartilago melemah dan menjadikan meniskus samakin menipis.

Simptom-simptom Meniskus koyak:-
1.Sewaktu kecerderaan bunyi ‘pop’ akan kedengaran
2.Jika tahap kekoyakan tidak serius, pesakit masih boleh berjalan dan menggerakkan kaki tetapi selepas 2 ke 3 hari, lutut akan membengkak dan menjadi ketat.
3.Lutut berasa seperti mengunci.
4.Pergerakan terbatas.

Bagaimana kecerderaan Meniskus boleh dirawat?

1.Rehat,ice,balut lutut dengan bandage elastik dan tinggikan kaki ketika berbaring.
2.Rawatan fisiotrapi.
3.rawatan pembedahan untuk membaiki meniskus.
4.Rawatan untuk menggantikan meniskus yang koyak.

Apakah komplikasi jika kecederaan meniskus ini tidak di rawat?
-Pesakit akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit osteoarthrittis, kesan daripada kelemahan sendi lutut dan otot- otot yang menyokongnya. Lutut akan menerima beban yang lebih tinggi daripada kemampuannya,seterusnya akan menghasilkan daya geseran yang berlebihan.

Bagaimana rawatan fisioterapi dapat membantu?:-

Menjalani rawatanfisioterapi adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada terjadinya komplikasi lain. Fungsi rehabilitasi adalah untuk mengembalikan pergerakan yang terbatas, kekuatan otot-otot yang telah melemah dan daya ketahanan pada lutut.

Jika pesakit yang menjalani pembedahan, lazimnya doktor akan menasihatikan pesakit supaya tidak menggerakkan lutut dan kaki dalam satu tempoh masa yang lama. Ini akan diikuti dengan waktu dimana pergerakan akan menjadi terbatas disebabkan oleh otot-otot dan salur darah yang tercedera dan menjadi ketat dalam proses penyembuhan. Dalam hal ini,fisioterapi berperanan untuk merangka dan menunjukkan senaman-senaman yang bersesuaian mengikut tempoh kecederaaan dan keadaan pesakit.

Selain itu, fisioterapi juga berperanan untuk mengelakkan daripada terjadinya komplikasi lain akibat daripada kecederaan meniskus seperti osteoarthritis dan mengelakkan pesakit daripada mempercepatkan proses degenarasi berlaku pada sendi lutut.

Kami sedia membantu anda .Untuk keterangan lanjut hubungi kami di talian 09-5736676 (physiotherapist)

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *