Tanda-tanda utama serangan stroke :

• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:
• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan

 

 

 

 

Cara Mencegah Penyakit Stroke
* Kebiasaannya, untuk menghindari stroke seseorang perlu mengubah gaya hidup supaya lebih sihat Berikut adalah 10 langkah yang dapat anda lakukan untuk menghindarkan diri dari serangan stroke.

Hindari atau hentikan terus kebiasaan merokok
* Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah Anda menjadi mudah menggumpal.

Periksa tekanan darah secara rutin
* Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan ekstra. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.

Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada
* Jika anda mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mengalami masalah kolesterol tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stroke.

Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin
* Stress dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan.

Makanlah secara sihat.
* Amalkan makan gaya sihat. Iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras .

Kurangkan pengambilan garam
* Kerana garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat.

 Pantau berat badan Anda
* Sekiranya anda memiliki badan yang gemuk atau obes, risiko Anda mengalami tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi..selain itu turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan diabetes, dan semua ini boleh menyebabkan terjadinya stroke.

Bersenam
* Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar.

Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI
* Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru.elakkan minuman ini untuk mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi

 Mencari Informasi Stroke
* Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan stroke..apa punca dan symptom-simptom terjadinya stroke. Berhati-hati dengan pengambilan pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran. Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. Bahaya sungguh..jadi pastikan pil-pil yang anda ingin ambil betul-betul selamat.

Setiap penyakit ada ubatnya..dan setiap penyakit ada tanda-tandanya..justeru..berwaspada terhadap sebarang simptom yang berlaku pada diri kita..

Kesimpulannya…amalan gaya hidup yang sihat boleh mencegah pelbagai jenis penyakit.

 

 

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *