Apakah Arthritis?
Arthritis adalah keradangan [inflammasi] satu atau lebih sendi. Antara tanda-tanda anda mengalami Arthritis adalah seperti sakit, bengkak, kemerahan serta kehangatan pada bahagian-bahagian sendi anda. Arthritis bukan merupakan penyakit yang berpanjangan. Ia boleh dirawat, dan pencegahan boleh dilakukan dengan mengamalkan cara hidup sihat.

Jenis-jenis Arthritis
1) Osteoarthritis
– Disebabkan oleh sendi yang sudah haus.
– Berlaku di sendi-sendi utama yang menampung berat badan seperti sendi pinggul dan lutut.
– Kesakitan biasanya bermula pada waktu pagi dan menjadi semakin teruk hingga ke malam.

2) Rheumatoid Arthritis
– Berlaku apabila sistem daya tahan badan menyerang sendi-sendi.
– Berlaku kepada sendi-sendi kecil seperti jari dan pergelangan tangan.
– Sakit ketara di waktu pagi dan beransur pulih di waktu malam.

3) Gout
– Berlaku apabila asid urik berlebihan di dalam darah dan kemudian melekat di sendi. Asid urik terhasil   dari metabolisma purin yang kebanyakkannya terdapat dalam makanan berprotein tinggi.
– Biasa terjadi di sendi ibu jari kaki, tetapi boleh terjadi juga di sendi-sendi lain.
– Biasanya sakit kuat di awal pagi.
– Sakit yang mencucuk dan akan berterusan hingga berminggu-minggu jika tidak mendapat rawatan.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda mengidap Arthritis?

– Jumpa doktor untuk mendapat rawatan. Ubat seperti ubat penahan sakit dan ubat untuk          merendahkan kandungan asid urik di dalam darah mungkin akan diberikan oleh doktor.

– Jika perlu, anda akan dirujuk kepada Pakar Tulang, Jurupulih Anggota dan Jurupulih Cara Kerja.

– Jurupulih Anggota dapat membantu melalui:
1) latihan senaman untuk sendi.
2) rawatan pemanasan haba atau sinaran

– Jurupulih Cara Kerja pula dapat membantu memperbaiki aktiviti harian supaya lebih berkualiti    contohnya dengan mengubah suai peralatan.

Tip untuk pesakit Arthritis
– Jika anda menghidap gout, kawal makanan anda.
– Jika anda gemuk, kurangkan berat badan anda bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi.
– Ikut nasihat doktor dan jangan mengubat sendiri.
– Berhati-hati dengan rawatan yang ditawarka oleh mereka yang tidak berkelayakan.

Makanan untuk pesakit Gout
Elakkan makanan yang tinggi purin seperti:
– Ikan bilis, sardin, selar, tenggiri, kembong.
– Hati, jantung, otak.
– Itik, angsa.
– Ekstrak dan stok daging, tulang dan ikan bilis.
Makanlah makanan rendah purin seperti:
– Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti bayam, sawi, asparagus, bunga kobis.
– Marjerin dan mentega.
– Susu, keju dan dadih.
– Nasi dan roti.
– Telur

Untuk keterangan lebih lanjut lagi boleh hubungi:
physiotherapist;
SUKMA BINTI RAFIE
THANALETCHUMY SEENVASA
kami di e-wellness physiotherapy & fitness di kuantan,contact no; 09-5736676 / 019-6653676

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *