BELL PALSY

( Kelumpuhan sebelah bahagian muka )

   Bell palsy adalah keadaan yang menakutkan kerana gejala-gejalanya mirip dengan strok. Tetapi bell palsy dan strok jelas amat berbeza. Biasanya strok menyebabkan kelumpuhan pada anggota pergerakan lain seperti tangan dan kaki dan disertai gejala-gejala sakit kepala , pengsan , sukar bercakap dan biasanya lidah jika dijulurnya akan senget.

Bell palsy pula menyerang saraf muka 7 ( Carnial Nerve VII ) yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka di salah satu sisi , kiri atau kanan dari muka. Saraf tersebut akan membengkak sehingga tidak berfungsi dengan baik.

Bell palsy adalah kelemahan sementara atau kelumpuhan otot-otot pada bahagian sebelah muka. Otot-otot ini dikawal oleh saraf muka atau facial. Disebabkan terdapat saraf muka pada setiap bahagian wajah manusia, dan bell palsy selalunyamemberi kesan hanya pada satu saraf , mereka yang mengalami bell palsy akan mengesan kekakuan atau kelemahan pada satu bahagian muka sahaja.

Apabila saraf muka berfungsi dengan sempurna, ia membawa mesej daripada otak kepada muka. Mesej-mesej ini akan memberitahu kelopak mata untuk buka atau tutup, satu bahagian pada mulut untuk tersenyum atau berkerut, atau kelenjar air liur untuk meludah.

Saraf muka juga membantu tubuh untuk menghasilkan air mata dan merasa makanan. Tetapi jika saraf ini membengkak dan termampat , seperti yang berlaku pada bell palsy mesej-mesej sebenar tidak dapat dihantar. Akibatnya , kelemahan atau kelumpuhan sementara pada otot-otot pada satu bahagian muka akan berlaku

Penyebab

   Bell palsy kerap dikaitkan dengan jangkitan virus seperti herpes ( virus yang menyebabkan kudis sejuk ) , Epstein-bar ( virus yang menyebabkan mono ) atau influenza. Ia juga berkait dengan agen berjangkit yang menyebabkan penyakit Lyme.

Tetapi ini tidak bermakna bahawa semua orang yang memiliki jangkitan virus atau penyakit Lyme akan mendapat bell palsy. Kebanyakkan orang tidak akan mengalaminya tetapi ada di antara daripada kita, system imun member tindak balas kepada jangkitan virus yang membawa kepada inflamasi pada saraf. Disebabkan ia membengkak , saraf akan termampat semasa ia melalui lubang kecil pada bahagian bawah tengkorak. Inilah yang menyebabkan gejala-gejala bell palsy berlaku.

Bell palsy boleh member kesan semua peringkat umur , tetapi ia kerap berlaku pada orang dewasa. Mereka yang menghidap diabetes dan wanita hamil adalah mereka yang mudah untuk mendapat bell palsy.

Tanda-tanda dan gejala-gejala

Gejala-gejala bell palsy selalunya akan mula timbul kira-kira satu hingga dua mingguselepas jangkitan virus. Gejala-gejalanya cenderung untuk muncul dengan pantas , selalunya bell palsy akan mencapai peringkat teruk dalam masa 48 jam.

Beberapa jam atau hari sebelum bell palsy terbentuk dengan sepenuhnya, penghidapnya akan berasa sakit kepala atau rasa sakit pada bahagian belakang kepala atau hadapan telinga. Mereka juga akan menyedari satu bahagian muka seperti terjatuh atau rasa kaku. Sesetengah penghidap hanya akan menyedari kelemahan yang ringan , sementara yang lain mungkin tidak berupaya untuk menggerakkan bahagian muka tersebut.

Gejala-gejala lain bell palsy termasuklah kesukaran untuk menutup sebelah mata, kekeringan pada sebelah mata, kesukaran untuk merasa bahagian hadapan lidah pada bahagian yang diserang, perubahan pada jumlah air liur, dan bunyi pendengaran yang lebih kuat daripada biasa pada satu bahagian telinga.

Bell palsy member kesan hanya pada muka, jadi jika penghidapnya memiliki kelemahan atau gejala-gejala pada bahagian lain tubuh, ini bermakna masalah tersebut mempunyai sebab yang lain.

Rawatan

Untuk gejala-gejala bell palsy diperbaiki saraf-saraf perlu diperbaharui semula. Keadaan tersebut hanya boleh berlaku seiring dengan masa. Namun begitu , sesetengah doktor akan member ubat preskripsi bagi mengurangkan inflamasi.

Jika penghidap tidak berupaya untuk menutup sebelah mata dengan sebelahnya, doktor mungkin akan member ubat titis mata, penutup mata , dan kaca mata perlindungan bagi memastikan penghidapnya berasa selesa dan mencegah kerosakan pada kornea.

Walaupun keadaan ini kelihatan amat menakutkan, kebanyakkan penghidap bell palsy akan sembuh sepenuhnya dalam masa satu hingga tiga bulan. Namun begitu, ada juga antara penghidapnya yang akan kekal dengan kelemahan muka selepas sembuh daripada bell palsy.

Anda juga boleh mendapatkan rawatan fisioterapi untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan bagi penghidap bell palsy.

Sumber : Mingguan Wanita bil. 1419

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *