Pendahuluan

Sudah lama dibincangkan, terapi panas dapat memberi manfaat dan mengurangkan sakit belakang.

Bahkan, terapi panas seperti beg panas, tungku, mandian panas mahupun gel yang bersifat panas tidak memakan kos yang tinggi dan senang digunakan.

Antara beg panas yang biasa digunakan di hospital-hospital

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana terapi panas berfungsi untuk mengurangkan sakit belakang.

Bagaimana sakit belakang berlaku?

Sakit belakang biasanya terjadi apabila berlakunya episod-episod otot belakang mengalami  ‘tekanan’ menyebabkan ketegangan pada otot dan tisu-tisu di sekelilingnya.

Hal ini menyebabkan pengaliran darah terganggu di bahagian tersebut dan menghantar signal sakit ke otak.

Terapi panas dapat melegakan kesakitan dan me’longgarkan’ otot-otot yang tegang.

Mekanisme terapi panas melegakan sakit belakang.

Beberapa mekanisme yang berlaku untuk mengurangkan sakit belakang melalui terapi panas:

-Terapi panas akan membuatkan salur-salur  darah di sekelilingnya mengembang. Hal ini menyebabkan oksigen dan nutrisi mudah dibawa kepada otot yang cedera, sekaligus, mempercepatkan proses penyembuhan.

Salur darah yang mengembang memudahkan proses penghantaran oksigen dan nutrisi kepada sel-sel dalam badan.

-Suhu yang panas akan menstimulasikan deria rasa pada kulit, dan mengurangkan penghantaran signal sakit ke otak.

-Terapi panas juga melonggarkan tisu-tisu sekeliling yang tegang seperti otot dan tisu perantara (connective tissue). Hal ini dapat menambahkan fleksibiliti otot belakang kerana fleksibiliti adalah amat penting untuk tulang belakang yang sihat.

 

Konklusi

Terapi panas dapat melegakan ramai pesakit belakang. Dan bagi sesetengah orang, manfaat terapi panas mendapat kesan yang optimum apabila dirawat bersama peralatan yang lain seperti ultrasound, Interferential current dan senaman tulang belakang.

Ultrasound sering digunakan dalam rawatan fisioterapi. Dengan kebolehannya untuk menghantar gelombang jauh ke dalam tisu-tisu, ultrasound berfungsi untuk membaikpulih dan mempercepatkan proses penyembuhan tisu.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, mahupun mendapat konsultasi fisioterapi percuma, bolehlah berkujung ke pusat-pusat fisioterapi kami di Kemaman, Kuantan dan Johor.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *