Back-on-Track-Physiotherapy-960x250

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita, Kemungkinan berlaku Kepada wanita hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat atas nasihat Doctor.

 

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein). Asid urik berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik dalam tempoh yang lama akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Mohammad Nor, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil(tophi). Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan – yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

pic_physiotherapy

Altenatif Rawatan Gout tanpa menggunakan pembedahan, Cuma menggunakan kaedah fisioterapi.

  • Rehat dan tinggikan bahagian yang sakit

Rehat dan tinggikan bahagian yang sakit melepasi bahagian jantung. Ini dapat mengurangkan sakit dan bengkak.

  • Mengunakan kaedah terapi sejuk

Kaedah terapi sejuk dapat mengurangkan keradangan sendi. Gout menyebabkan sendi mengalami bengkak dan sendi mengalami limitasi untuk bergerak, rawatan terapi sejuk boleh melambatkan proses keradangan sendi yang disebabkan gout.

  • Ultrasound terapi

Ultrasound therapy

Kaedah Terapi menggunakan ultrasound adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan keradangan sendi, sakit, ketegangan dan tissue lembut yang cedera disebabkan gout. Getaran akustik terhasil daripada kepala tranduser mengeluarkan gelombang terapi seterusnya me membantu meredakan keredangan.

Back-on-Track-Physiotherapy-960x250

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *