Back-on-Track-Physiotherapy-960x250

Osteoarthritis (OA) ialah artritis yang paling biasa terjadi di dunia. OA boleh berlaku pada mana-mana sendi terutama sekali pada tangan, lutut, pinggang dan tulang belakang. Ia juga adalah salah satu daripada penyebab kesakitan sendi yang berkekalan.

Di malaysia menunjukkan bahawa 30% daripada mereka berumur melebihi 65 tahun menghidap OA dan lazimnya berlaku pada lutut

Sehingga kini tiada penyembuh untuk OA, tetapi diagnosis awal amat penting untuk mengelakkan kemerosotan. ini merangkumi, cara untuk menguruskan kesakitan dan memperbaiki fungsi sendi. Antara kaedah terbaik ialah melakukan senaman yang memberi banyak kebaikan dan membuatkan pengidap OA lebih positif dalam kehidupan.

Senaman turut membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fleksibiliti di samping, memperbaiki jantung dan peredaran darah. Secara umum, pergerakan fizikal dapat membantu mengekalkan berat badan dan menggalakan kecergasan fizikal.

Paling penting, melakukan senaman tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan kurang kesan sampingan negatif jika dilakukan dengan betul. Justeru, penghidap OA boleh bersenam untuk menjadikan tubuh kuat dan meningkatkan jarak pergerakan serta menurunkan berat badan, khususnya yang mempunyai  berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, sebelum memulakan senaman dapatkan nasihat daripada doktor dan ahli fisioterapi bagi memastikan pergerakan fizikal atau aktiviti yang dilakukan sesuai ubtuk anda. Penghidap OA juga harus bertanya sama ada selamat atau tidak untuk melakukan senaman apabila sendi anda berasa sakit.

Lazimnya, pesakit akan dimita untuk berehat dan menggunakan alat yang membantu melegakan ketegangan pada sendi apabila berasa sakit. Beberapa petua wajar menjadi amalan misalnya, bagi osteoporosis lutut, pemakaina kasut yang menyerap hentakan, lapik dalaman sendal atau kasut berkusyen boleh membantu menyebarkan semula berat dan mengurangkan ketengangan sendi.

sesetengah pesakit mandapati meletakan ais pada lutut selepas bersenam berupaya melegakan kesakitan. Untuk berbuat demikian, pesakit hanya perlu meletakan ketulan ais yang dibalut dengan kain atau pek sayur-sayuran beku di atas lutut selama 10 ke 20 minit.

Meninggikan lutut dan mengambil ubat penghilang sakit kesakitan tanpa preskripsi boleh melegakan kesakitan.

Jika bengkak atau kesakitan berlarutan lebih daripada dua jam rehat atau kurangkan jumlah senaman.

Antara jenis senaman yang boleh dilakukan ialah:

  • Senaman kekuatan
  • Aktiviti Aerobik
  • Aktiviti pelbagai pergerakan
  • senaman ketangkasan
  • senman leher dan kekuatan tulang belakang

sumber dari Nor Affizar Ibrahim

    

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *