Back-on-Track-Physiotherapy-960x250

Anantomi tulang belakang ialah gabungan tulang yang kuat, sendi yang mudah lentur, tendon muscle besar dan mempuyai banyak saraf yang sensitif.  Struktur yang kuat ini direka khas, untuk melindungi saraf yang sensitive dan ia mudah lentur untuk menghasilkan banyak pergerakan. Sekali kita mengalami sakit belakang, kita perlu mengetahui maklumat tentang cara untuk mengurangkan sakit belakang dan juga cara untuk mengatasi sakit belakang yang berulang.

Bagaimana Tulang Belakang Anda Menghasilkan Sakit Belakang

Banyak faktor struktur Tulang belakang anda berpotensi menyebabkan sakit belakang, seperti:

  • Saraf tunjang yang besar yang terletak di kaki dan tangan telah rosak.
  • Saraf tunjang yang kecil daripada tulang belakang telah rosak.
  • Otot besar belakang (erektor spinae) mengalami kekejangan.
  • Tulang, ligement dan sendi mengalami kecederaan.
  • Disk diantara tulang mengalami bengkak dan sakit.

Oleh itu , pengetahuan tentang anatomy tulang belakang adalah penting untuk memahami penyebab sakit belakang, sakit leher, Sciatica(sakit kaki),dan memberi sedikit maklumat kepada pesakit untuk memilih rawatan yang bersesuaian.

Sebab-sebab Mengalami Sakit Belakang

Perkara menyebabkan sakit belakang:
  1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
  2. Selalu Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
  3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
  4. Berdiri terlalu lama.
  5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
  6. Duduk membongkok di kerusi.
  1. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
  2. Memakai kasut bertumit tinggi.
  3. Mengangkat barang yang berat dengan posisi yang salah

Tips untuk elak sakit belakang

  1. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  2. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  3. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  4. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  5. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  6. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  7. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  8. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  9. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *